8 oz (226.8g) tepong gandum
4 oz  (113.4g) gula halus
4 oz mentega sejuk
1 biji kuning telor ayam
2 sudu makan (1 oz) cocoa

Charanya:
1. Mentega, tepong dan gula diramas hingga rata.
2. Kemudian pechahkan telor ke dalamnya dan gaul hingga sebati.
3. Kemudian ambil lah 1/3 bahagian dan gaul sama cocoa.
4. Ambil bahagian putihnya dan tepakkan 1/4 inchi tebalnya. Kemudian ambil sedikit bahagian chocolat dan tepakkan atas putih sama lebarnya (stack alternately).
5. Kemudian gulong sama kertas dan simpan dipeti sejuk sampai keras (1 jam).  Potong 1/4 inchi tebalnya dan susun di atas loyang.
6. Letakkan loyang (sejukkan doh) dalam peti sejuk selama 30 minit.

7. Kemudian bakar dalam ketuhar 170 Celcius selama 10-12 minit. Lepas 5 minit, pusingkan loyang dari depan ke belakang supaya biskut masak dengan sekata.

*Perkataan italic tidak termasuk dalam resipi. Hanya ditambah untuk melengkapkan resipi.

Advertisements